Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Moto Mods Berkamera Hasselblad Untuk Lenovo Moto Z Tertiris

Di IFA 2016 Lenovo menjanjikan beberapa produk baru dan Moto Mods terkini untuk peranti Moto Z mereka. Gambar Moto Mod kamera Hasselblad tertiris hari ini dan ia menyerupai gambar kamera modular yang tertiris sebelum ini. Terdapat sebuah lensa kamera yang keluar dan masuk untuk pemfokusan optikal serta sebuah flash bersaiz besar terbina.

Moto MOds Hasselblad001

Tidak diketahui sama ada Hasselblad mereka komponen modular ini ataupun ianya pembangunan bersama seperti yang dilakukan oleh Huawei dan Leica. Sebelum ini lensa Hassleblad digunakan pada beberapa peranti mewah Vertu. Hasselblad dan Leica suda mula memasuki arena peranti mudah alih. Mungkin selepas ini giliran Canon, Olympus dan Nikon pula akan bekerjasama dengan pengeluar peranti. Kolaborasi manakah yang menjadi idaman anda?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Moto Mods Berkamera Hasselblad Untuk Lenovo Moto Z Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info