Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Sedang Menguji Surface AIO Dalam Tiga Variasi Saiz

Desas-desus mengenai komputer semua-dalam-satu daripada Microsoft dibawah jenama Surface telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas, dan terkini, Windows Central berkongsi beberapa info lanjut daripada sumber mereka.

Surface All-In-One (AIO) lebih disasarkan untuk digunakan di pejabat atau dirumah. Ia dikatakan tiga variasi saiz sedang diuji, iaitu satu dengan 21-inci pada resolusi HD penuh, 24-inci pada resolusi 4K dan juga 27-inci pada resolusi 4K.

Buat masa ini, ia hanya sekadar ujian dalaman sahaja, dan tidak diketahui sama ada Microsoft akan menawarkan ketiga-tiga variasi ataupun hanya satu sahaja. Pada masa yang sama, terdapat juga kemungkinan yang mana Microsoft mungkin tidak memasarkan sama sekali komputer AIO mereka.

Microsoft sebelum ini telah memulakan keluarga Surface beberapa tahun lepas melalui penawaran tablet yang turut beroperasi sebagai komputer riba. Pada tahun lepas, Microsoft membuat kejutan dengan membawa jenama Surface setapak kehadapan dengan pengenalan komputer riba tersendiri dinamakan Surface Book.

Selain daripada Surface AIO ini, Microsoft juga turut diura-ura yang mana mereka mungkin hadir dengan telefon pintar Surface pada tahun hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Sedang Menguji Surface AIO Dalam Tiga Variasi Saiz"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info