Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Yoga Tab 3 Plus Diperkenalkan Dengan Fokus Untuk Menikmati Kandungan Multimedia

Lenovo sebelum ini telah memperkenalkan keluarga tablet Yoga Tab 3, dan hari ini pada IFA 2016, Lenovo telah pun memperkenalkan satu lagi tablet baru dibawah keluarga tablet sama, dinamakan sebagai Lenovo Yoga Tab 3 Plus.

Lenovo Yoga Tab 3 Plus

Tablet ini telah sedia tertiris sebelum ini, dan ia membawakan rekaan seumpama beberapa tablet Lenovo lain – dimana menyertakan sebuah tetongkat tambahan bagi memudahkan pengguna menikmati kandungan dalam pelbagai mod berbeza.

Lenovo Yoga Tab 3 Plus ini hadir dengan skrin 10.1-inci pada paparan resolusi 2560×1600 pixel, dijana menggunakan cip Snapdragon 652, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Tablet ini turut hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE, dan memori 3GB RAM, serta ruangan storan 32GB.

Lenovo Yoga Tab 3 Plus

Lenovo memfokuskan tablet ini dalam memudahkan pengguna menikmati pelbagai kandungan melaluinya, termasuk untuk menonton video. Tablet ini menyertakan bateri berkapasiti 9300mAh dan dikatakan menawarkan masa penggunaan selama 18 jam melaluinya.

Buat masa ini, harga jualan dan tarikh ia akan mula dijual masih menjadi tanda tanya lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Yoga Tab 3 Plus Diperkenalkan Dengan Fokus Untuk Menikmati Kandungan Multimedia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info