Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kutipan Cukai Perniagaan Atas Talian Hanya Untuk Syarikat Besar Bukan Peniaga Kecil

Mei lalu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Serigar Abdullah mengesahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mungkin akan mengenakan cukai keatas perniagaan atas talian. Pengumuman beliau mengakibatkan ramai peniaga atas talian panik kerana pembayaran cukai akan mengurangkan keuntungan mereka. Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin kemudian menyeru kerajaan untuk mengecualikan peniaga kecil atas talian.

Instashop

Hari ini Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani mengesahkan pihak kerajaan hanya akan mengutip cukai dari syarikat besar. Peniaga kecil atas talian tidak perlu risau mereka akan menjadi sasaran LHDN buat masa ini. Syarikat besar yang menjadi platform perniagaan seperti GrabCar dan Netflix atas talian adalah sasaran kerajaan kerana menjalankan perniagaan tanpa membayar sebarang cukai walaupun mengaut keuntungan bernilai jutaan ringgit. Kepada yang melakukan perniagaan atas talian untuk menampung kos sara hidup yang meningkat, ini pasti berita yang melegakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kutipan Cukai Perniagaan Atas Talian Hanya Untuk Syarikat Besar Bukan Peniaga Kecil"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info