Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kabinet Meluluskan Rancangan Untuk Membenarkan Uber Dan Grab Beroperasi Secara Sah

Kemelut status sah Uber dan Grab kini semakin hampir menemui jalan penyelesaian selepas kabinet meluluskan rancangan untuk membenarkan perkhidmatan perkongsian kereta ini beroperasi secara sah. Keputusan itu dicapai selepas pembentangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah pada mesyuarat kabinet semalam untuk menyusun semula industri teksi konvensional dan mengembangkan perkhidmatan pengangkutan awam negara.

UberX KL

Keputusan membenarkan Uber dan Grab beroperasi secara sah selepas kajian yang dijalankan oleh SPAD tempohari menunjukkan 80% pengguna mahukan perkhidmatan ini wujud. Kewujudan mereka didapati meningkatkan standard perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada. Pada waktu yang sama kerajaan akhirnya akan memberikan permit teksi individu kepada pemandu teksi konvensional dengan rekod perkhidmatan yang baik dan bersih rekod. Dana khas untuk pembelian teksi baru juga dicadangkan bagi pengusaha perkhidmatan teksi konvensional sedia ada.

Halangan terakhir untuk membenarkan operasi Uber dan Grab ialah pindaan kepada undang-undang sedia ada yang melibatkan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan di sidang Parlimen pada bulan November. Sebelum ini SPAD mencadangkan penggunaan kad pemandu bagi pemandu Uber dan Grab bagi membenarkan mereka beroperasi.

Diharap selepas ini tidak wujud lagi insiden tidak diingini apabila pemandu teksi menyerang pemandu perkhidmatan perkongsian kereta. Apa yang kami rasakan menarik ialah keputusan ini diambil selepas mengumpul maklum balas rakyat menerusi bancian yang dilakukan sendiri oleh SPAD April lalu. Benarlah cogan kata “Kami Mendengar” yang digunakan parti pemerintah pada pilihanraya yang lalu. Janji ini memang ditepati.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kabinet Meluluskan Rancangan Untuk Membenarkan Uber Dan Grab Beroperasi Secara Sah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info