Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Intel Project Euclid Ingin Memudahkan Pengguna Integrasikan RealSense Pada Robot

Intel sebelum ini telah hadir dengan penawaran beberapa board dan juga modul dalam memudahkan para pembangun mengintegrasikannya dalam projek IoT, komputer, pembangunan peralatan elektronik dan sebagainya. Hari ini, bersempena Intel Developer Forum, mereka turut mengumumkan sebuah lagi perkara baru, dinamakan sebagai Project Euclid.

Project Euclid

Project Euclid ini membawakan sebuah modul berasaskan kepada teknologi Intel RealSense, dan ia dilengkapi dengan sokongan cip pemprosesan Atom, sensor terbina, dan juga bateri. Ini bermakna, pembangun boleh mengintegrasikan ia kepada pelbagai peralatan dan memberikan keupayaan untuk “melihat” pada projek mereka – terutamanya robot.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Intel akan menawarkannya kepada para pembangun. Namun, penawaran ini mungkin akan memudahkan lagi proses pembangunan projek robotik pada masa akan datang oleh para pembangun seluruh negara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Project Euclid Ingin Memudahkan Pengguna Integrasikan RealSense Pada Robot"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info