Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ubisoft Menawarkan Permainan Tom Clancy’s Splinter Cell Secara Percuma Pada Bulan Ini

Pada bulan lepas, Ubisoft telah memulakan sambutan ulang-tahun ke-30 mereka dengan mengumumkan bakal menawarkan satu permainan percuma untuk pengguna pada setiap bulan sepanjang tahun 2016 ini. Untuk bulan Julai 2016 ini, hari ini mereka telah mula menawarkan permainan kedua mereka secara percuma, iaitu Tom Clancy’s Splinter Cell.

Ubisoft 30

Permainan ini pada awalnya telah dikeluarkan pada tahun 2002 yang lepas. Ia menawarkan bentuk permainan aksi, memerlukan pengguna mengawal watak dalam menyelesaikan misi secara senyap-senyap. Sejak permainan ini diperkenalkan, beberapa kemaskini dan versi baru permainan ini telah hadir ke pasaran dan beberapa platform berbeza.

Permainan Tom Clancy’s Splinter Cell ini ditawarkan untuk tempoh terhad. Bagi anda yang berminat, anda boleh mendaftarkan akaun Uplay, dan memuat-turun permainan ini secara percuma bagi dimainkan pada PC hari ini.

Muat-Turun Ubisoft 30 – Prince of Persia



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ubisoft Menawarkan Permainan Tom Clancy’s Splinter Cell Secara Percuma Pada Bulan Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info