Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Superbook – Mengubah Telefon Android Anda Menjadi Komputer Riba

Terdapat beberapa telefon pintar yang hadir dengan sokongan dock, sekaligus mengubah penggunaannya kepada lebih produktif dengan menghubungkan ia kepada skrin lebih besar, bersama-sama papan kekunci dan juga tetikus.

Terkini, dengan konsep yang lebih kurang sama, tetapi ingin menyokong pelbagai telefon pintar Android adalah sebuah komputer riba atau lapdock yang dipanggil sebagai Superbook – sedang mengumpulkan dana melalui Kickstarter untuk peranti mereka.

Superbook adalah sebuah lapdock, yang membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar mereka melalui kabel USB, dan seterusnya menggunakan ia sebagai sebuah komputer riba.

Superbook dilengkapi dengan sebuah aplikasi khusus, yang mana membolehkan paparan antaramuka Android diubah seumpama kepada antaramuka Windows – yang lebih mesra skrin komputer riba apabila ia dihubungkan kepadanya.

Superbook

Superbook ini hadir dengan skrin 11.6-inci dengan resolusi 1366×768 pixel, papan kekunci QWERTY yang dilengkapi kekunci pintas Android, bateri bertahan sehingga 8 jam dan juga port USB untuk dihubungkan kepada telefon pintar. Segala pemprosesan dijana melalui telefon pintar pengguna, dan Superbook berfungsi sebagai paparan skrin dan memudahkan pengguna menaip melaluinya.

Superbook

Superbook

Untuk menggunakan Superbook pula, pengguna memerlukan telefon pintar yang mempunyai memori lebih daripada 1.5GB RAM, cip pemprosesan dwi-teras dan juga menjalankan sistem operasi Android 5.0.

Pembangunnya telah mula menawarkan tempahan untuk Superbook ini melalui Kickstarter pada harga $99 (~RM402), dan akan memulakan penghantaran ia bermula Januari 2017 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Superbook – Mengubah Telefon Android Anda Menjadi Komputer Riba"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info