Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Standard Chartered Memperkenalkan Sokongan Perbankan Video – Akses Melalui Sebarang Pelayar Web

Standard Chartered Bank hari ini telah memperkenalkan sebuah fungsi baru untuk para pelanggan mereka, iaitu Video Banking – ataupun perbankan video. Standard Chartered Bank menjadi yang terawal di Malaysia memperkenalkan fungsi berkenaan, memudahkan pengguna berhubung dengan konsultan bank berkenaan dengan mudah melalui panggilan video, audio ataupun teks.

Standard Chartered Video Banking

Perbankan video ini berfungsi melalui pelayar web, membolehkan pengguna membuat panggilan dari mana-mana lokasi dengan mudah dan mendapatkan maklumbalas berkaitan dengan perkhidmatan Standard Chartered.

Untuk membuat panggilan, pengguna hanya perlu melakukannya melalui pelayar web pada komputer riba mereka antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang melalui laman rasmi Standard Chartered. Pengguna hanya perlu klik pada butang dibahagian Video Chat, dan anda akan mula dihubungkan kepada konsultan bank serta merta. Ini sekaligus memudahkan lagi pengguna berhubung dengan konsultan bank Standard Chartered dari mana-mana lokasi asalkan mempunyai komputer riba dan sambungan internet.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Standard Chartered Memperkenalkan Sokongan Perbankan Video – Akses Melalui Sebarang Pelayar Web"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info