Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Mungkin Akan Memperkenalkan Sokongan Dualshock 4 Untuk PC

Terdapat pelbagai alat kawalan permainan, tetapi antara yang popular adalah DualShock daripada Sony, ataupun alat kawalan permainan Xbox daripada Microsoft. Alat kawalan Xbox sedia menyokong platform PC sejak sekian lama, dan kini Sony dijangka akan melakukan perkara sama.

PlayStation 4

Untuk menggunakan DualShock pada PC sebelum ini, pengguna perlu memuat-turun perisian khusus daripada pihak ketiga, tetapi Sony dilihat akan mengubahnya dan menawarkan sokongan rasmi tidak lama lagi.

Daripada penemuan laman DualShockers, mereka telah menemui sebuah adapter khusus daripada Sony untuk digunakan bersama DualShock 4. Ia adalah sebuah peranti berasaskan USB dan turut menyokong Bluetooth ke peranti DualShock 4.

Menggunakannya, ia mungkin akan membolehkan pengguna mengawal permainan pada PC menggunakan alat kawalan DualShock. Ia tidak diketahui sama ada Sony akan menawarkan sokongan memainkan permainan untuk semua permainan PC ataupun terhad kepada permainan yang disokong melalui PS4 Remote Play sahaja.

Info penuh mengenai peranti baru ini masih kekal misteri, dan dijangka akan terjawab sekitar Januari 2017 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Mungkin Akan Memperkenalkan Sokongan Dualshock 4 Untuk PC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info