Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Snapchat Kini Menyokong Integrasi Bitmoji – Emoji Kartun Wajah Sendiri

Snapchat ialah media sosial yang baru tetapi kini semakin popular terutamanya di kalangan kaum muda. Facebook kehilangan ramai pengguna remaja kepada aplikasi pemesejan ini. Kami di Amanz baru sahaja membuka akaun Snapchat kami beberapa minggu yang lalu. Snapchat terkenal dengan penuras AR yang mengubah wajah pengguna menjadi anjing, panda, tupai dan dewi. Kini Snapchat menyokong integrasi Bitmoji ke dalam aplikasi mereka.

Snapchat-Bitmoji-1Bitmoji membenarkan pengguna meletakkan emoji khas yang menggunakan karikatur wajah mereka sendiri. Dengan penggunaan emoji rekaan sendiri ini, setiap perbualan akan menjadi lebih unik dan istimewa. Kemas kini aplikasi Snapchat anda hari ini dan muat turun aplikasi Bitmoji pada peranti. Selepas mereka avatar Bitmoji anda, ia kemudian boleh digunakan di dalam Snapchat. Bitmoji diambil alih oleh Snapchat Mac lalu dengan nilai $100 Juta. Integrasi aplikasi emoji popular ini diharap dapat mempopularkan lagi aplikasi ini seterusnya memberikan tentangan kepada empayar Mark Zuckerberg.

Ikuti Amanz di apliaksi Snapchat hari ini



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Snapchat Kini Menyokong Integrasi Bitmoji – Emoji Kartun Wajah Sendiri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info