Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sertai Pertandingan Mereka Watak Permainan Valiant Force

Sama ada sedar atau tidak, tenaga kerja kreatif Malaysia sememangnya berkebolehan menghasilkan karya yang berkualiti bertaraf antarabangsa. Malah hasil kerja Cartoon Hooligans yang merupakan karya anak watan tempatan turut popular dan mendapat lebih dari sejuta langganan. Malah, warga Malaysia juga merupakan salah satu tulang belakang untuk Final Fantasy XV. Funplus, salah satu pengeluar permainan kini mengadakan pertandingan mereka watak permainan popular mereka, iaitu Valiant Force.

Valiant Force merupakan permainan strategi yang akan dilancarkan pada platform iOS dan Android pada suku ketiga tahun ini. Ia mempunyai corak permainan RPG (Role-Playing Game) dan pemain akan mengendalikan sehingga 6 watak dengan tugas (Job) berlainan bagi berlawan dengan musuh. Pengguna juga boleh menaiktaraf watak-watak tersebut disamping menghantar mereka ke misi-misi tertentu.

Bagi anda yang berkebolehan, pihak Funplus mencari rekaan watak terbaik yang akan digunakan dalam permainan mereka. Pereka perlulah mencipta bukan sahaja watak, malah kelengkapan persenjataan dan juga serangan yang boleh dilakukan watak tersebut. Pemenang utama akan membawa pulang wang tunai 3,000 USD dan hasil karya mereka akan dipamerkan di acara-acara berkaitan seperti GameStart. Pertandingan rekaan watak ini akan tamat pada 31 Julai 2016.

Sertai: Pertandingan Mereka Watak Valiant Force



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sertai Pertandingan Mereka Watak Permainan Valiant Force"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info