Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Razer Hadir Dengan Papan Kekunci Mekanikal Khusus Untuk iPad Pro

Terdapat sejumlah aksesori berbentuk papan kekunci untuk iPad, dan terkini Razer telah memperkenalkan aksesori terbaru mereka khusus untuk iPad Pro, iaitu sebuah papan kekunci mekanikal.

Razer’s Mechanical Keyboard Case

Razer Mechanical Keyboard Case ini menggunakan Ultra-Low-Profile Mechanical Switch yang hanya memerlukan daya sebanyak 70gram untuk mengaktifkan setiap kekunci. Ini juga membolehkan papan kekunci mekanikal hadir dengan rekaan yang nipis, dan turut dilengkapi dengan sokongan kickstand bagi anda mendirikan iPad Pro. Kickstand berkenaan boleh dilaraskan kepada beberapa sudut berbeza – mengikut keselesaan pengguna ketika menaip.

Razer’s Mechanical Keyboard Case

Papan kekunci ini dihubungkan kepada iPad Pro melalui Bluetooth, dan Razer mengatakan ia boleh beroperasi selama 10 jam dengan kadar kecerahan yang tinggi – ataupun sehingga 600 jam dengan mematikan lampunya.

Papan kekunci mekanikal daripada Razer ini dijual di Amerika Syarikat pada harga $169 (~RM663).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Razer Hadir Dengan Papan Kekunci Mekanikal Khusus Untuk iPad Pro"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info