Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pokemon GO Digunakan Sebagai Umpan Menangkap Penjenayah Dikehendaki Polis

Sejak dilancarkan seminggu yang lalu kepopularan Pokemon GO semakin melonjak. Ribuan pengguna sanggup keluar dari rumah untuk menangkap haiwan maya yang menjadi idaman sejak mereka kecil lagi. Tetapi pada waktu yang sama aplikasi ini dijadikan umpan oleh penjenayah untuk merompak pemain yang lalai. Tetapi kini tiba giliran polis pula untuk menggunakan Pokemon GO sebagai taktik menangkap penjenayah yang dikehendaki.

Pokemon Go Polis 1Polis di Manchester New Hampshire meletakkan iklan kononnya wujud Pokemon unik di balai polis mereka. Hanya individu tertentu sahaja dibenarkan memasuki perkarangan balai bagi menangkap Pokemon ini. Senarai individu ini sebenarnya mengandungi senarai nama penjenayah yang dikehendaki. Apabila mereka tiba ke balai mereka akan ditangkap  oleh anggota polis secara realiti dan bukannya menggunakan Pokeball realiti maya.

Sekiranya anda merasakan taktik ini adalah kurang masuk akal, pihak polis Amerika Syarikat pernah beberapa kali mengumpan penjenayah dengan mengatakan mereka memenangi hadiah berupa wang tunai. Mereka hanya perlu ke balai polis berdekatan untuk menerima wang bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Puluhan penjenayah berjaya ditangkap menggunakan teknik ini. Tidak semua penjenayah adalah pintar seperti Mewto. Ramai yang bebal seperti Psyduck.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pokemon GO Digunakan Sebagai Umpan Menangkap Penjenayah Dikehendaki Polis"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info