Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maybank Memperkenalkan MaybankPay – Membayar Menggunakan Telefon Pintar

Maybank hari ini telah memperkenalkan perkhidmatan baru mereka, dinamakan sebagai MaybankPay. Melaluinya, ia berfungsi lebih kurang seperti Apple Pay, Samsung Pay mahupun Android Pay – dimana pengguna boleh menyimpan kad kredit atau debit pada telefon pintar, dan menggunakan MaybankPay ketika membuat pembayaran.

MaybankPay

MaybankPay ini adalah perkhidmatan dompet digital mudah-alih yang pertama di Malaysia. Memandangkan penyedia lain seperti Apple Pay, Samsung Pay dan sebagainya masih tidak menghadirkan diri ke pasaran tempatan lagi, pihak Maybank mempunyai kelebihan dalam memegang pasaran melaluinya. Ia tidak diketahui lagi sama ada pengenalan ini akan memberikan kesan kepada kerjasama Maybank dengan penyedia lain pada masa akan datang.

Buat masa ini, ia hanya terhad untuk pengguna peranti Android sahaja dan ia menggunakan sokongan NFC untuk tujuan pembayaran.

MaybankPay menyokong kad Visa Debit, Visa Credit dan juga Visa Prepaid, serta untuk melakukan pembayaran, pengguna perlu tap pada terminal Visa PayWave. Maybank menyasarkan untuk memperluaskan ia kepada lebih banyak lokasi dengan menawarkan lebih banyak terminal pembayaran dari bulan ke bulan.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba MaybankPay, anda boleh hadirkan ke Maybank Treats Fair yang berlangsung di MidValley pada penghujung minggu ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maybank Memperkenalkan MaybankPay – Membayar Menggunakan Telefon Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info