Fungsi dwi-tap untuk menghidupkan skrin ialah fungsi kegemaran kami pada peranti Android. Tiada lagi keperluan menekan butang kuasa untuk menyahkunci peranti. Ianya disokong majoriti peranti Android dan kini ia akhirnya hadir pada platform Windows 10 Mobile. Peranti Lumia 950 dan 950XL adalah dua peranti pertama yang menyokongnya.
Microsoft telahpun menjanjikan kemunculan fungsi ini sejak Mei yang lalu. Pemilik perlu melakukan kemas kini secara OTA untuk mengaktifkan dwi-tap. Ia kemudian hanya perlu diaktifkan menerusi skrin tetapan Touch peranti. Kemas kini diberikan secara berperingkat dan seperti biasa pengguna di Malaysia harus bersabar menantikan kemunculannya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lumia 950 Dan 950 XL Kini Menyokong Fungsi Dwi-Tap Untuk Menghidupkan Skrin"