Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Vive Akan Memasuki Pasaran Malaysia Seawal Oktober Ini

Di dalam dunia peranti realiti maya hanya terdapat dua nama yang paling dikenali ramai. HTC Vive dan Oculus Rift. Kedua-duanya membenarkan pengguna menyelami dunia maya menggunakan komputer peribadi. Sokongan terhadap kedua-dua peranti juga semakin meningkat sehingga membuatkan konsol seperti PlayStation 4 turut terpanggil untuk menghasilkan versi mereka tersendiri.

HTC-Vive-retail

Kepada mereka yang mahukan HTC Vive, anda tidak perlu menunggu dengan lama kerana pihak HTC hari ini mengesahkan ia akan memasuki pasaran tempatan seawal Oktober ini. Tarikh, tempat pelancaran dan harga jualan masih belum disahkan tetapi sekurang-kurangnya kita kini mengetahui ia sah akan memasuki pasaran Malaysia. Dengan beberapa kad grafik mampu realiti maya mula dijual pada harga mampu milik, kami yakin ramai yang turut mahu memiliki peranti realiti maya seperti Vive. Teruskan membaca Amanz untuk maklumat terkini mengenai pelancaran Vive di masa hadapan.

Baca : Pengalaman Amanz Mencuba HTC Vive



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "HTC Vive Akan Memasuki Pasaran Malaysia Seawal Oktober Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info