Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Flip It – Kerangka Tahan Lasak 4 Dalam 1 Dengan Kayu Selfie Terbina

Peranti pintar di dalam tangan anda kini ialah peranti paling versatil dalam sejarah peradaban manusia. Ia sebuah telefon, kamera, komputer, mesin kiri, PDA dan televisyen di dalam sebuah pakej lengkap serta kompak. Kerangka pula dibeli oleh pengguna bagi memastikan peranti tidak mudah rosak selepas berbelanja besar untuk memilikinya. Flip It ialah kerangka pelbagai fungsi 4 dalam 1 yang bukan sahaja tahan lasak tetapi mempunyai kayu selfie terbina.

Flip-it-Kerangka-2Flip It dihasilkan untuk iPhone 6 dan 6S. Kerangka keras melindungi peranti dari rosak sekiranya terjatuh. Kayu selfie terbina pada panel belakang boleh memanjang sehingga 22 sentimeter. Ia boleh ditanggalkan dan sebuah tetongkat boleh dibuka bagi membolehkan peranti berdiri untuk menonton video. Akhir sekali terdapat alat kawalan jauh Bluetooth untuk menangkap gambar dari jauh. Kerangka ini dijual pada harga $49.99 (~RM 198) sebuah

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Flip It – Kerangka Tahan Lasak 4 Dalam 1 Dengan Kayu Selfie Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info