Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Enjin Pelayar Web Generasi Baru Daripada Mozilla, Servo Kini Sedia Diuji

Mozilla sebelum ini telah mengumumkan bakal hadir dengan enjin pelayar web generasi baru, yang mana turut dibangunkan dengan kerjasama pihak Samsung – serta menggunakan bahasa pengaturcaraan Rust untuknya. Kini, selepas beberapa bulan sejak pengumumannya, versi pembangunan awal untuk enjin pelayar web yang dinamakan Servo berkenaan sedia untuk diuji.

Secara kasarnya, enjin Servo ini beroperasi lebih pantas berbanding dengan Gecko yang telah digunakan sekian lama oleh Mozilla pada Firefox. Walaubagaimanapun, penggunaan enjin Servo ke dalam Firefox mungkin mengambil tempoh masa yang lama untuk diimplementasikan.

Sementara menantikan ia diperkenalkan pada Firefox, bagi anda yang berminat, mungkin boleh menguji pelayar web asas dengan enjin Servo ini – sekaligus mendapatkan gambaran bertapa pantas ia boleh digunakan untuk mengakses pelbagai laman web.

Versi pembangunan awal ini ditawarkan untuk Linux dan Mac, dan bakal hadir untuk Windows dan Android tidak lama lagi.

Muat-Turun Versi Pembangunan Servo untuk Mac dan Linux



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Enjin Pelayar Web Generasi Baru Daripada Mozilla, Servo Kini Sedia Diuji"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info