Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Corning Gorilla Glass 5 Diumumkan – Empat Kali Ganda Lebih Tahan Lasak

Mimpi buruk setiap pemilik peranti pintar ialah peranti retak seribu selepas terjatuh. Dalam sejarah penggunaan peranti pintar, kejadian ini sudah berlaku sebanyak dua kali kepada kami. Kos membaiki skrin yang pecah mencecah RM900 dan mengakibatkan dompet sedikit berlubang. Oleh itu tidak mengejutkan ramai yang akan terus menggunakan peranti retak selagi kaca tersebut tidak melukakan jari.

Corning Gorilla Glass 5 diumumkan hari ini dan ia dikatakan empat kali ganda lebih tahan lasak berbanding Gorilla Glass 5. Di dalam ujian jatuhan dari ketinggian 1.6 meter, Gorilla Glass 5 tidak pecah dalam 80% ujian. Ujian dilakukan di atas permukaan kasar bagi menjadikannya lebih hampir kepada situasi sebenar. Gorilla Glass 5 sudah mula dihasilkan dan akhir mula digunakan pada peranti-peranti pintar seawal hujung tahun ini. Setakat ini sebanyak 4.5 Billion peranti sudah menggunakan kaca Gorilla buatan Corning. Kepada pembaca yang mempunyai “jari mentega”, kewujudan teknologi kaca terkini ini pastinya mengurangkan kegusaran.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Corning Gorilla Glass 5 Diumumkan – Empat Kali Ganda Lebih Tahan Lasak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info