Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Menjadualkan Zenvolution Pada 6 Ogos – Zenfone 3 Dengan 6GB RAM Akan Datang?

Asus Malaysia kini telah menjadualkan acara Zenvolution pada 6 Ogos 2016 akan datang ini, sekaligus memperlihatkan mereka akan memperkenalkan sejumlah produk baru mereka yang telah diperkenalkan pada acara Computex 2016 lepas untuk pasaran tempatan.

Asus Zenfone 3 Deluxe

Pada Computex 2016 yang lepas, Asus telah memperkenalkan telefon pintar dan komputer riba baru. Telefon pintar dibawah keluarga Zenfone 3 telah dikemaskini dan hadir dalam tiga variasi, iaitu Zenfone 3 Deluxe, Zenfone 3, Zenfone 3 Ultra – disamping penambahan dua lagi variasi baru-baru ini. Menawarkan spesifikasi paling tinggi adalah Zenfone 3 Deluxe yang hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 820 dan memori sehingga 6GB RAM.

Selain itu, Asus juga telah memperkenalkan Asus Zenbook 3 pada Computex 2016 yang lepas – menawarkan rekaan yang sangat nipis dan ringan dengan penggunaan spesifikasi yang baik. Pesaing Surface juga telah diperkenalkan ketika itu, iaitu Asus Transformer Pro 3.

Asus Zenbook 3

Ia tidak lagi diketahui apakah peranti yang akan diperkenalkan oleh Asus Malaysia pada acara berkenaan. Apa pun, berkemungkinan besar kita akan dapat melihat pengenalan telefon pintar terbaru mereka pada acara berkenaan kelak – seperti mana yang telah dijanjikan oleh Asus ketika Computex 2016 lepas.

Buat masa ini, Asus Malaysia telah membuka pendaftaran minat bagi mereka yang ingin turut hadir ke acara Zenvolution yang dijadualkan pada 6 Ogos 2016 kelak, di Kuala Lumpur Convention Center. Sekiranya anda berminat, anda boleh mendaftar di laman Facebook Asus Malaysia, dan berpeluang untuk hadirkan diri untuk acara pelancarannya kelak. Acara Zenvolution ini dijadualkan pada hari Sabtu, dan tidak diketahui sama ada Asus Malaysia akan menyediakan acara media sehari sebelumnya ataupun akan memperkenalkan semuanya secara rasmi pada hari Sabtu berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Menjadualkan Zenvolution Pada 6 Ogos – Zenfone 3 Dengan 6GB RAM Akan Datang?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info