Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Membuka Makmal Penyelidikan Untuk Mempertingkatkan Kemampuan Kamera iPhone

Hanya beberapa tahun yang lalu, iPhone dengan mudah dinobatkan sebagai raja kamera peranti mudah alih. Ia digunakan oleh golongan profesional yang mahukan kualiti gambar yang baik tanpa perlu membawa kelengkapan kamera yang besar. Sejak kebelakangan ini gelaran peranti dengan kamera terbaik berpindah ke tangan Samsung. Dari segi ketajaman gambar, kepantasan pemfokusan dan kemampuan mengambil gambar di dalam keadaan gelap, Galaxy S7 dengan mudah mengalahkan iPhone 6S.

iphone-7S-Kembar-2Ini adalah antara sebab mengapa jualan S7 melangkaui jualan iPhone 6S di Amerika pada suku pertama  tahun ini. Menyedari saingan dari pengeluar lain, Apple membuka sebuah makmal di Grenoble Perancis. Makmal ini akan menumpukan kepada kajian teknologi optik bagi mempertingkatkan kemampuan kamera iPhone di masa hadapan. Makmal sebesar 800 meter persegi ini dibina dengan kerjasama STMicroelctronics yang membekalkan pelbagai komponen iPhone dan Apple Watch kepada Apple.

Kepada peminat iPhone ini berita baik kerana jelas Apple mula menyedari mereka perlu berusaha lebih keras bagi mengalahkan pengeluar lain. Kemampuan kamera yang baik ialah antara kriteria utama yang dicari oleh pengguna sekarang. Mungkin dalam masa terdekat iPhone dapat merampas semula takhta peranti dengan kamera terbaik. Ini seterusnya membuatkan pengeluar lain untuk menggiatkan inovasi. Kita sebagai pengguna yang mendapat keuntungan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Membuka Makmal Penyelidikan Untuk Mempertingkatkan Kemampuan Kamera iPhone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info