Google telah pun menawarkan versi pembangunan terakhir Android 7.0 pada bulan Julai lepas, dan kini, mengikut perkongsian @evleaks, Google dijangka memperkenalkan Android 7.0 Nougat secara rasminya pada bulan ini.
Android 7.0 Nougat menawarkan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan multi-window yang menawarkan akses kepada lebih dari satu aplikasi pada sesuatu masa, kemudahan untuk multi-tasking, kemaskini kepada kaedah notifikasi disusun, pengoptimasian pada bateri, dan pelbagai fungsi baru yang lain.
Android 7.0 Nougat akan diterima oleh pengguna peranti Nexus terlebih dahulu sebelum peranti lain. @evleaks mengatakan Nexus 5 mungkin tidak akan menerimanya.
Beberapa pengeluar peranti Android telah mula menguji versi pembangunan Nougat pada peranti-peranti utama mereka. Walaupun Android 7.0 Nougat akan hadir pada bulan ini, namun, ia mungkin akan mengambil masa berbulan untuk peranti dari pengeluar lain menerimanya – malah mungkin kebanyakkan peranti Android tidak akan menerimanya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Android 7.0 Nougat Dijangka Hadir Pada Bulan Ini"