Capcom mengumumkan edisi remastered Resident Evil 5 Februari yang lalu bersama dengan RE 6 dan RE 4. Kepada yang menantikannya selama ini, tarikh jualannya untuk konsol PlayStation 4 dan Xbx One kini diketahui. Kosongkan kalendar anda pada 28 Jun ini. Versi remastered ini akan menyokong grafik pada resolusi 1080P. Tarikh yang diumumkan ini ialah untuk versi digital. Versi fizikal akan dijual pada 12 Julai.
Dua DLC Lost in Nightmare dan Desperate Escape akan serta mod permainan The Mercenaries United juga disertakan sekali. Ketiga-tiga permainan yang dihasilkan semula ini adalah acara “pemanas” Capcom sebelum Resident Evil 7 dijangka diumumkan pada acara E3 yang mendatang. Sebagai peminat siri Resident Evil yang terlepas memainkannya pada tahun 2009, versi ini memang kami nantikan sejak memiliki PlayStation 4.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Resident Evil 5 Remastered Akan Dijual 28 Jun Ini"