Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Musicmatch Menamatkan Kerjasama Dengan Spotify – Tiada Lagi Lirik Pada Aplikasi Desktop

Apabila bosan di pejabat kami memasang lagu kegemaran di Spotify dan berkaraoke lambak bersama rakan sepejabat. Bagi memudahkan karaoke lambak, sistem lirik Musicmatch yang terbina di dalam aplikasi desktop Spotify kami gunakan sepanjang masa. Sesi ini akan berakhir kerana Musicmatch menamatkan kerjasama mereka dengan perkhidmatan penstriman muzik nombor satu dunia.

MusicMatch-Spotify-3Melalui blog mereka di Medium,Musicmatch mengucapkan terima kasih kepada Spotify dan pengguna kerana menggunakan perkhidmatan mereka. Tetapi perbezaan hala tuju diantara mereka dan Spotify dikatakan penyebab mengapa kerjasama yang bermula sejak 2011 ini dihentikan secara tiba-tiba. Kepada mereka yang masih mahu menggunakan Spotify dan Musicmatch secara serentak, kini ia hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi Android atau iOS. Anda juga boleh menggunakan pemalam Chrome Musicmatch untuk YouTube sekiranya mahu berkaraoke sambil menonton video. Pada waktu yang sama Musicmatch memberikan petunjuk mereka akan melancarkan produk baru yang akan muncul dalam masa terdekat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Musicmatch Menamatkan Kerjasama Dengan Spotify – Tiada Lagi Lirik Pada Aplikasi Desktop"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info