Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lima Ciri Utama Yang Terdapat Pada Wiko U Feel

Pada minggu lepas anda telahpun mengenali Wiko U Feel Lite, iaitu versi Lite namun sebenarnya tidak sedikitpun mengurangi fungsi-fungsi utama pada variasi U Feel. Pada artikel kali ini kami akan berkongsi dengan lebih dekat mengenai ciri-ciri utama yang terdapat pada ‘abangnya’, iaitu U Feel.

Rekaan Penutup Baldu & Kaca 2.5D

Apabila memilih peranti, selain dari spesifikasinya, yang penting adalah perasaan memegangnya dan menggunakannya. Ini kerana peranti telefon pintar sudah menjadi satu keperluan setiap hari, dan ia perlu selesa digunakan dan bergaya ditunjukkan. Wiko U Feel tampil berbeza dengan menampilkan penutup belakang dengan kemasan baldu, yang menambah keselesaan sewaktu memegang.

Wiko U Feel -IMG_0095

Jika kemasan baldu sahaja tidak mencukupi untuk keselesaan memegang, paparan skrin kaca 2.5D menambah keselesaan genggaman peranti ini. Kaca 2.5D ialah kemasan melengkung pada bahagian tepi peranti pintar, dan dengannya tiada sebarang kemasan tajam yang biasanya terdapat pada telefon pintar sebelum ini. Kaca ini juga telah menjadi standard yang diimplementasi pada telefon pintar terkini dan Wiko U Feel merupakan salah satu jenama yang menyertakannya.

Kamera Utama 13 Megapixel Dan Fungsi Selfie Dengan Lampu LED Flash

Wiko U Feel -IMG_0106

Saiz sensor pengimejan sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti gambar yang ditangkap. Pada Wiko U Feel, ia menyertakan sensor pengimejan Sony IMX 258 bersaiz 13 Megapixel, berbeza dari Wiko U Feel Lite yang menggunakan sensor 8MP. Selain itu terdapat juga mod Dual View bagi merakam video dan gambar pada kedua-dua kamera secara serentak. Pada fungsi kamera utamanya juga terdapat mod professional, membolehkan pengguna melakukan tetapan ISO, White Balance, Exposure dan Sharpness sewaktu merakam gambar.

Bagi kamera hadapannya pula, terdapat lampu LED-Flash bagi tujuan pencahayaan sewaktu merakam gambar selfie. Memandangkan trend merakam gambar selfie merupakan trend yang tidak akan tamat, dengan lampu LED-Flash ini mampu memberikan pencahayaan yang baik berbanding ‘lampu’ yang berasaskan paparan skrin yang dikelipkan.

Android Marshmallow

Untuk peranti-peranti yang dijual selepas suku pertama tahun ini, adalah penting baginya untuk menyertakan sistem operasi terkini. Masih terdapat peranti Android yang menyertakan perisian yang terkebelakang, namun pada Wiko U Feel ini ia beroperasi menggunakan Android Marshmallow. Fungsi yang amat membantu seperti Doze berupaya menjimatkan bateri peranti ini, manakala Google Now On Tap memudahkan pencarian info pada sebarang paparan antaramuka.

Pengimbas Cap Jari Yang Mengesan Cap Jari Berbeza

Wiko U Feel -IMG_0097

Satu lagi standard yang perlu dimiliki kebanyakan peranti adalah pengimbas cap jari. Pengimbas cap jari yang disertakan pada telefon peranti ini membolehkan pengguna melakukan pelbagai perkara, lebih dari sekadar menyahkunci peranti. Pengguna boleh melakukan perkara seperti melancarkan aplikasi tertentu, menghubungi seseorang atau melancarkan fungsi kamera. Sehingga 5 cap jari boleh diimbas untuk melakukan pelbagai perkara bagi tujuan ini.

Disertakan Bersama-sama Aksesori Penting

Wiko U Feel -IMG_0091

Salah satu yang menjadi nadi jenama Wiko adalah penawaran aksesori bersama-sama telefon pintar mereka. Ini sekaligus mengurangkan perbelanjaan pengguna kerana tidak perlu bersusah-payah pergi mencari perlindungan untuk peranti. Bersama-sama Wiko U Feel, pengguna akan menerima casing silikon, dan penyesuai (adaptor) kad-SIM membolehkan pengguna menggunakan kad Nano-SIM pada peranti ini.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti Wiko U Feel Lite, anda boleh melayari halaman rasmi Wiko Mobile Malaysia atau kemaskini menerusi halaman Facebook Wiko Mobile Malaysia.




Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lima Ciri Utama Yang Terdapat Pada Wiko U Feel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info