Kegilaan menggunakan papan apung hoverboard kini mungkin sudah terhenti. Ini adalah kerana pelbagai kes kebakaran yang berlaku disebabkan penggunaan bateri yang tidak selamat di dalamnya. Akibatnya hoverboard diharamkan dari dimasukkan ke dalam pesawat dan penjualannya secara terbuka mula merosot.
Kepada pemilik hoverboard yang mungkin tidak lagi bermain dengan kenderaan bermotor ini, kini wujud aksesori yang boleh mengubahnya menjadi sebuah go-kart. HoverKart hanya perlu diikat pada kawasan berdiri hoverboard dan sekaligus mengubahnya menjadi sebuah kenderaan beroda empat. Aksesori ini sedang mengumpul dana untuk jualan komersial dan boleh ditempah pada harga $100 (~RM410) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HoverKart – Mengubah Hoverboard Menjadi Sebuah Go-Kart"