Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZTE Axon 7 Diperkenalkan Dengan Cip Snapdragon 820 Dan Memori Sehingga 6GB RAM

ZTE pada tahun lepas telah memperkenalkan siri keluarga telefon baru dengan rekaan menarik, dinamakan sebagai Axon. Hari ini, pengeluar terkemuka dari China berkenaan memperkenalkan kemaskini untuk peranti berkenaan, dinamakan sebagai ZTE Axon 7.

ZTE Axon 7 hadir dengan rekaan logam dan menawarkan spesifikasi tinggi – tetapi pada harga yang mampu bersaing dengan pelbagai lain.

ZTE Axon 7 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci AMOLED pada resolusi 2560×1440 pixel. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 820, dan hadir dalam pilihan memori 4GB RAM atau 6GB RAM.

ZTE Axon 7

Disamping rekaan menarik, pihak ZTE turut melengkapkan telefon pintar ini dengan beberapa ciri-ciri menarik lain, termasuk sokongan pengecasan pantas dan juga dwi-speaker dengan teknologi Dolby Surround Sound.

Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini hadir dengan kamera belakang 20-megapixel yang menyertakan sokongan penstabilan imej optikal serta rakaman video 4K. Kamera hadapan adalah 8-megapixel.

Seperti kebanyakkan peranti lain, ia turut menggunakan USB Type-C, serta dilengkapi bateri berkapasiti 3250mAh yang mampu mengecas sehingga 50% dalam masa 30 minit.

ZTE Axon 7 hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan mereka mengatakan akan menawarkan Android N pada tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "ZTE Axon 7 Diperkenalkan Dengan Cip Snapdragon 820 Dan Memori Sehingga 6GB RAM"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info