Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Watak Hantu Filem Ju-On Kini Mempunyai Akaun Instagram Rasmi

Ju-On ialah antara filem seram yang paling terkenal di dunia. Sebanyak 11 filem Ju-On telah dihasilkan sejak 1998 termasuk edisi Hollywood yang dibintangi Sarah Michelle Geller. Filem ini menarik minat penonton kerana watak hantu utama yang berlainan daripada biasa. Kayako dan Toshio, ialah pasangan hantu anak beranak yang mampu membunuh walaupun ketika siang hari.

Selepas menonton filem ini kami yakin ramai yang meremang bulu roma sekiranya terdengar bunyi  miauan kucing pada waktu malam. Takut sekiranya yang menghasilkan bunyi tersebut ialah Toshio, si anak anak angker yang menyorok di bawah meja.

Kayako Sadako Ju On InstagramWatak Kayako dan Toshio kini mempunyai akaun Instagram rasmi. Anda boleh melihat “kehidupan” seharian hantu anak beranak ini sekiranya mereka tidak menakutkan manusia dan merangkak sambil menghasilkan bunyi yang aneh. Akaun ini dihasilkan bagi mempromosikan filem Sadako Vs Kayako. Di dalam filem ini Kayako akan berentap dengan Sadako, hantu dari filem The Ring yang juga pada hemat kami pernah membuatkan anda tidak tidur malam. Sebuah teknik promosi yang agak kelakar bagi sebuah filem menyeramkan. Siapakah yang anda rasakan akan menang? Kami merasakan Kayako lebih menakutkan kerana tidak seperti Sadako, Kayako lebih pantas merangkak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Watak Hantu Filem Ju-On Kini Mempunyai Akaun Instagram Rasmi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info