Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sebuah Lagi Gambar Samsung Gear Fit 2 Tertiris

Peranti mengesan kecergasan Samsung Gear Fit kali pertama muncul pada tahun 2014. Ia mempunyai skrin lengkung, kalis air dan mampu menjejak tahap kesihatan tubuh pemakainya. Selepas hampir dua tahun model terkini Gear Fit akhirnya dihasilkan Samsung. Kami melaporkan kewujudannya minggu lalu bersama dengan Gear IconX. Sebuah lagi gambar Gear Fit 2 tertiris dan kali ini ia menunjukkan pilihan warna yang akan diberikan oleh Samsung.

Gear-Fit-2 var 1Terdapat pilihan warna hitam, biru dan ungu. Antaramukanya juga kelihatan lebih jelas dengan kemampuan memaparkan waktu, jumlah langkah yang diambil dan kalori yang sudah berjaya dibakar. Gear Fit 2 dan IconX dijangka akan dilancarkan secara rasmi seawal bulan hadapan. Kepada pemilik Gear Fit asal yang mahukan model lebih terkini, penantian anda akan berakhir kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sebuah Lagi Gambar Samsung Gear Fit 2 Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info