Sebuah lagi kes saman pagi ini kali ini melibatkan peranti Android. Creative Technology, syarikat yang terkenal dengan kad audio SoundBlaster dan pemain MP3 Nomad suatu ketika dahulu memfailkan saman yang boleh menyebabkan beberapa peranti Android diharamkan penjualannya di Amerika Syarikat. Mengikut syarikat yang berpangkalan di Singapura ini, peranti keluaran HTC, ZTE, Sony, Blackberry, LG, Lenovo/Motorola dan Samsung.
Paten yang didakwa dilanggar ialah antaramuka pemain muzik yang digunakan pada peranti keluaran tujuh pengeluar di atas. Mereka memegang paten bagaimanakah kandungan muzik dan album dipaparkan pada pemain muzik. Creative sudahpun memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (ITC) bagi menghalang penjualan peranti-peranti ini sehingga bayaran yang setimpal atas penggunaan paten diterima. Pada tahun 2006 mereka pernah menyaman Apple atas isu yang sama dan menerima $100 Juta (~RM 405 Juta ) untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Android Mungkin Diharamkan Penjualannya Di Amerika Kerana Melanggar Paten Milik Creative"