Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Memperlihatkan Rekaan Sensor Pengimbas Cap Jari Dibawah Skrin Tanpa Perlu Butang Khusus

Pada hari ini, kebanyakkan telefon pintar hadir dengan sokongan pengimbas cap jari secara terbina, dimana ia menggunakan sebuah modul khas yang hadir dengan rekaan sensor pengimbas cap jari berbentuk segi empat atau bulat. Ini mungkin membawa kepada beberapa kekangan dari segi rekaan dan sebagainya.

Untuk mengatasi perkara ini, terkini LG memperkenalkan sebuah rekaan skrin baru yang hadir dengan pengimbas cap jari yang telah diintegrasikan dibawahnya. Ini membolehkan pengguna meletakkan jari dibahagian yang telah ditetapkan dan tidak terhad kepada rekaan berbentuk bulat atau empat-segi.

LG Innotek

Pada masa yang sama juga, LG mengatakan ini memberikan lebih kebebasan kepada pengeluar peranti untuk hadir dengan rekaan berbeza, disamping mengintegrasikan fungsi seperti kalis air dengan mudah pada telefon pintar mereka.

LG Innotek mengatakan kadar kejituan ia mengenal-pasti cap jari juga lebih tinggi berbanding modul sebelum ini. Dengan perkembangan arena pembayaran menggunakan peranti mudah-alih, pengimbas cap jari dijangka diintegrasikan pada semua telefon pintar.

LG masih tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah peranti yang menggunakannya akan hadir daripada pasaran – sama ada daripada LG ataupun pengeluar peranti lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Memperlihatkan Rekaan Sensor Pengimbas Cap Jari Dibawah Skrin Tanpa Perlu Butang Khusus"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info