Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kanak-Kanak 11 Tahun Diberikan Ganjaran RM 10000 Kerana Berjaya Menggodam Instagram

Apakah yang ada lakukan ketika berusia 11 tahun? Kami banyak menghabiskan masa bermain Transformers, Lego dan menghapuskan musuh di dalam Rockman. Bagi Jani, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari Finland masa terluang dihabiskan dengan mencari kerentanan pada laman web popular. Beliau baru sahaja diberikan ganjaran $10 000 oleh Facebook kerana berjaya menggodam sistem komen dan kapsyen Instagram.

InstagramMelalui kerentanan yang ditemui, Jani boleh memadam komen dan kapsyen yang wujud pada mana-mana gambar di Instagram. Ganjaran yang diberikan ini ialah di bawah program Facebook Bug Bounty yang dikelolakan oleh laman media sosial nombor satu dunia ini. Penggodam topi putih akan diberikan ganjaran berdasarkan kerentenan yang mereka temui. Baru berusia 11 tahun sudah berjaya menggodam Instagram. Apakah yang bakal digodamnya kelak? Adakah Jani bakal menjadi seorang Kevin Mitnick atau seorang Edward Snowden? Yang pasti kanak-kanak zaman sekarang lebih celik dalam pengaturcaraan berbanding generasi dinosaur seperti kami.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kanak-Kanak 11 Tahun Diberikan Ganjaran RM 10000 Kerana Berjaya Menggodam Instagram"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info