Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Giphy Melancarkan Papan Kekunci GIF Beranimasi Untuk iOS

Di zaman awal Internet, GIF beranimasi ialah cara paling mudah untuk meletakkan gambar bergerak pada laman web. Selepas Flash menjadi semakin popular, format gambar ini hilang seketika kerana Adobe Flash mampu menghasilkan animasi lebih berkualiti dengan saiz yang lebih kecil. Dengan Internet yang lebih pantas sekarang, saiz GIF beranimasi kini bukan lagi dianggap bermasalah. Penggunaannya di laman sosial seperti Twitter adalah sangat meluas dan popular. Kini Giphy mahu memudahkan anda menggunakan GIF beranimasi pada peranti mudah alih anda dengan papan kekunci mereka sendiri.

Giphy Keys IOS 2Giphy Keys akan mencari gambar beranimasi yang berpadanan dengan apa yang anda taip. Gambar yang berpadanan kemudian akan muncul pada bahagian atas kekunci dan pengguna boleh menggunakannya pada pelbagai aplikasi. Ini adalah hampir sama dengan fungsi GIF pada Twitter yang turut menggunakan teknologi Giphy. Buat masa ini Giphy Keys hanya wujud untuk platform iOS. Jadi kepada mereka yang lebih selesa menggunakan GIF beranimasi dari menulis perkataan, ia boleh dimuat turun sekarang.

[Download] Muat turun papan kekunci GIF animasi Giphy Keys untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Giphy Melancarkan Papan Kekunci GIF Beranimasi Untuk iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info