Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple iPhone SE Sudah Boleh Dibeli Melalui Laman Rasmi Apple

Pengedar Apple tempatan dan juga syarikat telekomunikasi akan mula menawarkan iPhone SE di pasaran tempatan bermula daripada hari Jumaat ini, 13 Mei. Tetapi, lebih awal daripadanya, kini Apple telah mula menawarkan ia melalui laman rasmi mereka.

Melalui Apple Online Store, kini pengguna sudah boleh membuat tempahan iPhone SE pada harga bermula RM1949 untuk 16GB, dan RM2449 untuk 64GB.

Apple iPhone SE

iPhone SE menawarkan rekaan seumpama iPhone 5S sebelum ini, tetapi menyertakan spesifikasi terkini, termasuk kamera belakang 12-megapixel. Dengan skrin bersaiz 4-inci, ia hadir menawarkan peranti berkuasa pada saiz yang sangat kompak.

Anda yang membuat tempahan melalui laman Apple Online Store akan menerimanya dalam tempoh 2 ke 4 hari bekerja. Atau sebagai alternatif, anda boleh nantikan sehingga hari Jumaat ini untuk membelinya daripada kedai pengedar rasmi Apple atau syarikat telekomunikasi tempatan.

Baca : Pandang Pertama iPhone SE



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple iPhone SE Sudah Boleh Dibeli Melalui Laman Rasmi Apple"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info