Tidak lama sebelum ini, kita telah melihat aplikasi Quran Companion dilancarkan, dan terkini satu lagi aplikasi baru yang dilancarkan oleh salah satu pembangun tempatan adalah Hifz. Hifz dilancarkan khusus untuk pengguna iPhone, dan pembangunnya masih tiada sebarang perancangan untuk pengenalan pada platform Android.
Melalui Hifz, ia ingin memudahkan para pengguna untuk menghafal ayat al-Quran dengan kaedah yang tersendiri. Berbeza dengan beberapa aplikasi lain yang, melalui Hifz ia menyediakan rancangan pembelajaran tersendiri dan memaparkan ayat-ayat yang boleh dihafal pengguna pada sesuatu hari.
Hifz juga turut menyediakan integrasi untuk memaparkan notifikasi beberapa kali pada suatu hari dalam membolehkan pengguna mengambil sedikit masa untuk menghafal ayat al-Quran menggunakan aplikasi berkenaan. Disamping itu, aplikasi sama juga akan memaparkan notifikasi sekiranya rakan-rakan anda telah membuat hafalan ayat baru – sekaligus menjadikan aplikasi ini lebih interaktif dan membuatkan pengguna lebih aktif dalam menghafal ayat al-Quran.
Aplikasi ini hadir daripada pembangun sama yang telah memperkenalkan aplikasi Manasik sebelum ini. Ia ditawarkan secara percuma untuk minggu pertama, dan hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi untuk penggunaan yang seterusnya.
Muat-Turun Hifz untuk iPhone
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Hifz Dilancarkan Untuk iPhone – Ingin Memudahkan Anda Menghafal Al-Quran"