Google sebagai salah satu penyedia iklan atas-talian terkemuka, sering hadir dengan beberapa format pengiklanan baru. Terkini, mereka telah mengumumkan bentuk pengiklanan baru pada YouTube yang dipanggil sebagai Bumper.
Melalui bentuk iklan baru ini, ia akan hadir dalam bentuk iklan video 6 saat yang mana ia tidak boleh dilangkau. Iklan tersebut akan dimainkan dalam bentuk video, membolehkan pengiklan menyasarkan pengguna untuk mengetahui mengenai produk atau perkhidmatan mereka dengan ringkas dan pantas.
Google mengatakan format ini adalah baik memandangkan ia sesuai untuk pengguna peranti mudah-alih yang mempunyai masa tumpuan yang singkat – dan pada masa yang sama tidak menggunakan data yang tinggi.
Google akan memperkenalkan format baru ini bermula bulan Mei ini, dan mungkin kita akan dapat melihatnya tidak lama lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "YouTube Akan Kelak Menggunakan Iklan 6 Saat Yang Anda Tidak Boleh Langkau"