Beberapa gambar dan gambaran 3D Xiaomi Max tertiris ke arena web minggu lalu. Apa yang diketahui setakat ini ialah Max akan menjadi peranti terbesar pernah dihasilkan oleh Xioami dengan skrin sebesar 6.4″. Spesifikasi penuh belum diketahui tetapi berkemungkinan besar sama dengan Xiaomi Mi 5 iaitu pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4 Gigabyte dan pengimbas cap jari pada butang home fizikal bahagian hadapan. Kamera utama pula sebesar 16 Megapixel dan kamera hadapan 4 Megapixel.
Di dalam sebuah acara khas semalam, CEO Xiaomi Lei Jun mengesahkan peranti ini akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Mei hadapan. Pada waktu yang sama ia mungkin dilancarkan sekali dengan Mi Band baru yang skrin LCD terbina. Kita di Malaysia masih lagi menunggu bilakah Xiaomi Mi 5 akan mula dijual di pasaran tempatan. Peranti ini sudah diperlihatkan Februari lalu. Kepada peminat peranti Xiaomi di Malaysia adakah anda akan memiliki Mi 5 atau menanti Xiaomi Max sahaja yang menawarkan skrin yang jauh lebih besar?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Max Akan Dilancarkan 10 Mei Ini"