Tahun lalu menyaksikan pelbagai jenama peranti telefon pintar dari China mula membanjiri pasaran tempatan. Salah satunya adalah vivo, yang hadir dengan pelbagai model yang mengetengahkan rekaan yang cantik dan elegan. Hari ini mereka telah memperkenalkan V3Max, telefon pintar berspesifikasi tinggi yang terkini.
Dari segi spesifikasi, vivo V3Max dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 652 empat-teras 1.8GHz 64-bit dan dilengkapi dengan RAM sebesar 4GB. Ia mempunyai kapasiti storan sebesar 32GB dan boleh ditambah sehingga 128GB menggunakan kad Mikro-SD. Telefon ini turut menyokong capaian 4G namun sedikit mengecewakan ia masih beroperasi menggunakan Android Lollipop dengan paparan antaramuka dari vivo iaitu Funtouch OS 2.5.
Dari sifat fizikal peranti ini yang lain, ia menyertakan paparan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi HD penuh 1080p. Kamera utama dibahagian belakang mempunyai sensor pengimejan 13MP dengan lampu LED dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Turut melengkapi fungsi kamera adalah pemfokusan pantas dimana objek dapat difokuskan dalam masa yang singkat.
Fungsi utama yang dibawakan oleh telefon pintar ini adalah pengimbas cap jari yang terletak dibawah kamera utama pada bahagian belakangnya. Pengimbas ini dapat digunakan untuk menyah-kunci dari mod sedia. Pihak vivo menyatakan pengimbasan cap jari hanya mengambil masa 0.2 saat namun sewaktu ujian ringkas, boleh dikatakan pengimbasan cap jari dilakukan dengan pantas, sekaligus memudahkan pengguna mengoperasikan peranti ini.
Satu lagi fungsi utama pada peranti ini adalah pengecasan pantasnya. vivo V3Max mempunyai kapasiti bateri sebesar 3,000 mAh dan dengan fungsi pengecasan pantas Dual-Charge Circuits, pengecasan selama 5 minit memberikan kuasa operasi selama 2 jam. Fungsi ini turut menjamin keselamatan peranti sewaktu pengecasan.
Telefon pintar vivo V3Max kini boleh ditempah dan penjualannya akan bermula pada 15 April 2016. Ia akan dijual pada harga RM 1,399 (harga termasuk GST) di pengedar rasmi vivo serta kedai-kedai berkaitan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "vivo Melancarkan V3Max Untuk Pasaran Tempatan Pada Harga RM 1,399"