Murah tidak mungkin bagus. Ini ialah perkara yang kami dengar apabila berbicara tentang peranti dan peralatan elektronik. Selama berpuluh tahun kami diberitahu hanya dengan membayar lebih kami dapat menikmati peralatan elektronik yang bukan sahaja berkualiti dan bisa diandalkan. Kemunculan Xiaomi sedikit sebanyak mengubah persepsi kami mengenai peranti murah.
Memang harus diakui pada awal kemunculannya peranti Xiaomi murah kerana bahan binaan yang plastik dan spesifikasi yang kurang berkuasa. Dengan Redmi Note 2 tahun lalu Xiaomi mula menunjukkan mereka hampir menemui formula untuk menghasilkan peranti murah yang berkualiti. Masalah yang kami hadapi dengan Redmi Note 2 ialah hayat bateri yang agak menyedihkan.
Xiaomi Redmi Note 3 yang mula dijual di Malaysia bulan lalu cuba memperbaiki kesemua kekurangan yang kami katakan tadi. Pada masa yang sama kemasan kini diubah kepada logam dengan pengimbas cap jari disertakan sekali. Ia mungkin peranti paling berbaloi dimiliki sekarang bagi mereka yang tidak mahu berbelanja besar. Mengapa kami katakan begini? Baca ulasan ini untuk mengetahui jawapannya.
Spesifikasi
Xiaomi Redmi Note 3 | |
---|---|
Skrin | 5.5″ IPS LCD FHD (403 ppi) |
Pemproses | 1.8 x 2 + 1.4 x 4 GHz Snapdragon 650 |
GPU | Adreno 510 |
RAM | 3 Gigabyte |
Muatan Dalaman | 32 Gigabyte (MikroSD sehingga 128 GB) |
Kamera Utama | 16 Megapixel f/2.0 PDAF, Rakaman 1080P |
Kamera Depan | 5 Megapixel f/2.0, Rakaman 1080P |
Bateri | 4000 mAh (Pengecasan pantas) |
SIM/Telefoni | Dwi SIM Nano + Mikro |
Pengimbas Cap Jari | Ya |
NFC | Tiada |
Infra Merah | Ya |
Harga Jualan | RM 849 |
Xiaomi Redmi Note 3 membawakan perubahan yang besar jika dibandingkan dengan Redmi Note 2. Keseluruhan tubuh peranti kini diperbuat daripada logam dengan sistem bulat bagi memastikan keselesaan. Skrin masih lagi sebesar 5.5 inci IPS LCD dengan resolusi 1080P. Pemproses Snapdragon 650 enam teras digunakan dan menggantikan Mediatek Helio X10 yang ditemui pada Redmi Note 2. Ya hanya enam teras tetapi ianya jauh lebih berkuasa dan menjimatkan penggunaan berbanding berbanding model terdahulu.
Kami mengulas model dengan RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 32 Gigabyte. Muatan dalaman boleh ditambah kerana sokongan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte. Slot kad MikroSD ini berkongsi dengan slot SIM kedua bersaiz nano. Sebuah lagi slot SIM yang disertakan adalah bersaiz Mikro.
Kemampuan optik ialah kamera utama sebesa 16 Megapixel f/2.0 dengan sistem pemfokusan PDAF. Sistem flash dwi-tona disertakan untuk mengambil gambar dengan warna lebih semula jadi. Kamera hadapan pula sebesar 5 Megapixel f/2.0. Kedua-dua kamera hadapan dan belakang mampu merakam video pada resolusi maksimum 1080P sahaja. Ini sedikit mengecewakan kerana pemproses Snapdragon 650 menyokong rakaman sehingga resolusi 4K.
Bateri sebesar 4000 mAh yang disertakan adalah amat besar. Ini adalah peningkatan yang besar jika dibandingkan hanya Redmi Note 2 yang dibekalkan bateri sebesar 3060 mAh. Berbeza dengan Redmi Note 2, bateri peranti ini tidak boleh ditanggalkan. Sistem pengecasan QuickCharge 2.0 disokong bagi memastikan bateri yang besar ini mampu dicas dengan pantas.
Masih tiada sokongan NFC tetapi pemancar infra merah dan pengimbas jari disertakan. Seperti yang anda boleh lihat spesifikasi peranti ini adalah amat baik bagi sebuah peranti kelas pertengahan.
Rekaan
Rekabentuk peranti tidak mengalami perubahan yang besar jika dibandingkan dengan Redmi Note 2. Hanya komponen plastik kini diubah sepenuhnya kepada logam. Sisi peranti adalah bulat bagi memastikan ianya selesa dipegang sepanjang hari. Kemasan panel belakang adalah matte dan ini memastikan Redmi Note 3 tidak akan mudah tergelincir dari tangan pengguna. Seperkara lagi yang kam suka dengan kemasan ini ialah ia tidak memerangkap sebarang cap jari.
Pada sisi kanan terdapat butang kuasa dan suara. Kedua-duanya diperbuat daripada logam. Pada sisi kiri pula terdapat talam SIM. Talam adalah dari jenis yang perlu dicucuk dengan jarum untuk dikeluarkan. Talam Dwi-SIM yang disertakan ialah dari jenis hibrid yang berkongsi dengan kad MikroSD. Talam pertama bersaiz mikro dan talam kedua bersaiz nano. Sekiranya kad MikroSD digunakan, hanya talam bersaiz Mikro boleh digunakan untuk meletak SIM.
Bicu audio 3.5 mm dan pemancar infra merah terdapat pada sisi sebelah atas. Sebuah port pengecasan MikroUSB pula terletak pada bahagian bawah peranti. Sistem pembesar suara mono pula terletak pada panel belakang. Kualiti audio dari pembesar suara ini adalah kurang memuaskan. Pada tetapan paling tinggi sekalipun ia masih tidak cukup lantang.
Pada bahagian dagu terdapat tiga butang navigasi kapasitif. Butang home dihimpit dengan butang multi tasking pada sebelah kiri dan back pada sebelah kanan.
Panel hadapan menggunakan kaca 2.5D yang memastikan pergerakan jari adalah lancar dari permukaan skrin ke bahagian sisi peranti. Bazel sisi skrin adalah nipis dan kesemua butang navigasi dipaparkan di atas skrin. Penggunaan bazel yang nipis serta butang navigasi di atas skrin ni membuatkan peranti mempunyai saiz yang sama dengan Nexus 6P yang mempunyai skrin sebesar 5.7″.
Secara keseluruhan kualiti bahan binaan dan kemasan Mate 8 adalah amat baik dan kelihatan premium. Ianya setanding dengan apa yang kami temui pada Mate S dan Nexus 6P.
EMUI 4.0
Android 6.0 Marshmallow digunakan dengan pelancar EMUI 4.0. Seperti biasa EMUI tidak mempunyai sebarang talam aplikasi dan kesemua aplikasi yang dimuat turun dipaparkan pada skrin peranti. Ikon aplikasi boleh dimasukkan ke dalam folder tersendiri mengikut keperluan pengguna. Pelancar rekaan Huawei ini ada membawa beberapa fungsi tambahan yang tidak disertakan pada Android Vanilla. Fungsi tambahan yang disertakan adalah seperti berikut
Knuckle Gesture
- Smart Screenshot – Mengambil gambar paparan skrin mengetuk skrin sesentuh sebanyak dua kali.
- Smart Long Screenshot – Mengambil gambar paparan skrin secara memanjang dengan melukis huruf S pada skrin menggunakan buku lima.
- Smart Recording – Merakam video paparan skrin dengan melukis huruf “O” pada skrin menggunakan buku lima. Turut boleh diaktifkan dengan menekan butang kuasa dan butang menguatkan suara serentak.
- Draw – Melancarkan aplikasi tertentu dengan melakar bentuk tertentu pada skrin yang ditetapkan oleh pengguna. Sebagai contoh huruf “C” untuk melancarkan kamera.
Dwi-Tap – Menghidupkan paparan dengan menekan skrin sebanyak dua kali.
Dual Window – Melancarkan dua aplikasi serentak pada skrin dengan menekan butang multi-window selama beberapa saat. Aplikasi yang disokong adalah agak terhad. Terdapat sokongan untuk Instagram, Facebook dan Twitter tetapi tiada pula untuk Chrome.
One Handed UI – Mengecilkan paparan skrin supaya memudahkan akses kepada kesemua elemen antaramuka. Ini dilakukan dengan mentatal dari butang home ke multi-tasking atau home ke back dengan pantas.
Themes – Mengubah tema antaramuka. Hanya terdapat enam tema boleh dipilih. Ini adalah terhad jika dibandingkan apa yang diberikan pada fungsi tema peranti Oppo, Sony, Samsung dan Xiaomi.
Navigation Bar – Menyusun kedudusan empat butang navigasi di bahagian bawah skrin.
Pengimbas Cap Jari
Pengimbas cap jari di panel belakang Mate 8 mempunyai banyak persamaan dengan apa yang kami lihat pada Nexus 6P. Kedua-duanya berbentuk bulat dan terletak di bawah kedudukan kamera.
Secara peribadi kami lebih gemar sistem pengimbas jari yang terletak pada panel belakang peranti. Ia memudahkan proses menyahkunci peranti walaupun ketika dipegang dengan sebelah tangan.
Sistem imbasan cap jari Mate 8 adalah dari jenis sentiasa aktif. Apa yang kami maksudkan di sini ialah ia mengesan cap jari apabila jari diletakkan pada pengesan tanpa perlu ditekan terlebih dahulu seperti yang dilihat pada Galaxy S7 Edge sebelum ini. Ianya pantas tetapi pada hemat kami tidak sepantas yang kami lihat pada Oppo F1 Plus dan iPhone 6S. Ini tidak bermakna ianya perlahan cuma bukan yang terpantas di pasaran. Proses nyahkunci berlaku kurang dari satu saat dan ini pada hemat kami lebih dari memadai.
Panel imbasan cap jari ini mempunyai lebih dari satu fungsi. Ia boleh digunakan untuk mentatal turun talam notifikasi dengan melakukan tatalan ke bawah pada permukaan pengimbas. Kemudian kesemua notifkasi boleh dibuang dengan melakukan aksi dwi-tap. Kerana Mate 8 ialah sebuah phablet yang agak besar, kemampuan mengawal talam notifikasi menggunakan panel imbasan cap jari ini adalah amat menyenangkan pengguna. Ia pertama kali kami lihat digunakan pada Huawei Mate S.
Sistem tatalan ini juga boleh digunakan untuk melihat gambar ketika menggunakan aplikasi Gallery Huawei. Sokongan untuk aplikasi ketiga tidak pula disertakan dan ini kami rasa agak merugikan. Alangkah baiknya jika sistem tatalan ini turut menyokong Chrome, Instagram ataupun Twitter. Pada hemat kami kesemua peranti dengan pengimbas cap jari panel belakang harus menjadikan fungsi ini sebagai piawai.
Kamera
Sensor 16 Megapixel f/2.0 dengan OIS serta pemfokusan PDAF digunakan pada kamera belakang. Pada kamera hadapan sensor 8 Megapixel f/2.4 digunakan untuk mengambil selfie yang beresolusi tinggi. Sistem flash dua tona turut disertakan. Pada resolusi paling tinggi 16 Megapixel, gambar yang diambil adalah pada nisbah 4:3. Untuk gambar bernisbah 16:9 resolusi diturunkan ke 12 Megapixel. Kamera utama mampu mengambil video pada resolusi maksimum 1080P 60 FPS . Ini boleh dianggap sebagai kekurangan kerana pesaing Huawei Mate 8 majoritinya mampu mengambil video pada resolusi 4K.
Sembilan tetapan disertakan iaitu Panorama, Super Night, HDR, Professional, All Focus, Watermark, Slow-Mo, Audio Note dan Document Adjustment. Kesemuanya disertakan bagi memudahkan proses penangkapan gambar. Tidak seperti pada peranti Sony dan Samsung, pratetapan tambahan tidak boleh dibuang ataupun dimuat turun.
Antaramuka aplikasi kamera mudah difahami. Seperti pada Mate S, untuk mengakses fungsi rakaman video tatalan perlu dilakukan. Tiada butang rakaman video dan gambar diletakkan sekali pada antaramuka. Kami tergolong di dalam kategori pengguna yang kurang gemar dengan konfigurasi ala Apple ini. Adalah lebih mesra pengguna untuk meletakkan butang pengatup kamera dan rakaman video serentak.
Kualiti gambar Huawei Mate 8 pada hemat kami adalah baik. Gambar adalah tajam dan tidak mempunyai masalah noise yang ketara walaupun di dalam situasi pencahayaan yang kurang baik. Penghasilan warna adalah sedikit kekuningan dengan blooming dikesan pada sumber cahaya yang terang. Sungguhpun begitu ia tidak begitu ketara seperti yang dilihat pada peranti kelas pertengahan yang pernah kami ulas. Jika dibandingkan dengan raja kamera peranti mudah alih iaitu Galaxy S7 Edge, kualiti gambar Mate 8 adalah sedikit ketinggalan. Kepantasan pemfokusan Mate 8 sedikit perlahan jika dibandingkan dengan S7 Edge. Sungguhpun begitu untuk kegunaan harian kami rasakan kamera Mate 8 adalah lebih dari memadai dan memuaskan.
Video
Kualiti rakaman video adalah sebaik rakaman gambar statik. Sistem penstabilan video optikal yang digunakan memastikan rakaman yang stabil walaupun ketika berjalan. Sungguhpun begitu kami menyedari apabila sistem OIS berfungsi,ianya tidak berapa lancar. Malahan ianya nampak terlalu ketara. Juara rakaman video pada peranti pintar masih lagi di tangan S7 Edge dengan Xperia Z5 tidak jauh di belakang.
Penanda Aras
Melalui tiga ujian penanda aras yang kami lakukan, markah yang dicatatkan oleh Mate 8 adalah seperti di bawah. Ianya bukan peranti yang paling berkuasa di pasaran dan seperti yang anda boleh lihat Kirin 950 adalah hampir setanding dengan Snapdragon 810 yang digunakan pada Sony Xperia Z5 Dual. Tidak seperti Xperia Z5 Dual, Mate 8 tidak mempunyai sebarang masalah kepanasan sepanjang tempoh ulasan. Kesemua aplikasi yang kami muat turun mampu digunakan tanpa masalah. Gabungan pemproses yang baik dan saiz yang RAM yang besar memastikan kelancaran peranti. Kami tidak menemui sebarang masalah kronik ataupun sela masa.
Bateri
Juara ketahanan bateri di Makmal Amanz sebelum ini ialah Sony Xperia Z3. Selepas lebih setahun akhirnya kami menemui peranti dengan ketahanan bateri yang jauh lebih melampau dari apa yang dihasilkan oleh Sony. Ini adalah kerana bateri Mate 8 sebesar 4000 mAh ini mampu bertahan melebihi dua hari. Pada penggunaan paling berat pula ia bertahan lebih daripada 18 jam dengan skrin terpasang selama hampir 8 jam. Pada penggunaan sederhana kami berjaya menggunakan peranti hampir dua hari dengan skrin terpasang melangkaui 10 jam.
Ini ialah piawai baru hayat bateri peranti mulai sekarang dan matrik pemarkahan Amanz akan dikemaskini mengikut piawaian terbaru. Bateri Mate 8 bukan sahaja besar ia turut boleh menjadi power bank kepada peranti lain menggunakan fungsi USB OTG. Pengecasan pantas disokong dan bateri boleh dicas sepenuhnya dalam masa 2.5 jam. Sebagai perbandingan bateri 3600 mAh Galaxy S7 Edge mengecas sepenuhnya dalam masa 185 minit.
Pesaing
Berikut ialah spesifikasi Xiaomi Redmi Note 3 apabila dibandingkan dengan Vivo V3 Max dan Oppo F1 Plus. Kedua-dua peranti ini mempunyai spesifikasi kelas pertengahan yang tinggi, kemasan logam sepenuhnya, sistem imbasan jari dan saiz skrin hampir sepadan.
Peranti Pesaing | ||
---|---|---|
Xiaomi Redmi Note 3 | Vivo V3Max | Oppo F1 Plus |
5.5″ IPS LCD FHD (403 PPI) | 5.5″ IPS LCD FHD (401 PPI) | 5.5″ AMOLED FHD (401 PPI) |
1.8 x 2 + 1.4 X 4 GHz Snapdragon 650 | 1.8 x 4 + 1.4 x 4 GHz Snapdragon 652 | 2.0 x 8 GHz MediaTek Helio P10 |
Adreno 510 | Adreno 510 | Mali-T860MP2 |
3 Gigabyte | 4 Gigabyte | 4 Gigabyte |
32 Gigabyte (128 GB MikroSD) | 32 Gigabyte (128 GB MikroSD) | 64 Gigabyte (128 GB MikroSD) |
Kamera Utama 16 Megapixel f/2.0 PDAF | Kamera Utama 13 Megapixel PDAF | Kamera Utama 13 Megapixel f/2.2 PDAF |
Kamera Hadapan5 Megapixel f/2.0 | Kamera Hadapan 8 Megapixel | Kamera Hadapan 16 Megapixel f/2.0 |
4000 mAh (Tidak boleh dibuka) | 3000 mAH (Tidak boleh dibuka) | 2850 mAh (Tidak boleh dibuka) |
RM 849 | RM 1399 | RM 1898 |
Kesimpulan
Pasaran sekarang dipenuhi dengan peranti kelas pertengahan dengan harga mampu milik dan peranti kelas tinggi yang dianggap sebagai barangan mewah. Dari segi saiz skrin pula majoriti peranti yang dijual sekarang mempunyai skrin di bawah 5.5″. Mate 8 ialah phablet dengan spesifikasi yang baik tetapi dijual pada harga yang agak kompetitif. Bahan binaan yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan sungguhpun agak besar masih lagi selesa digunakan dengan sebelah tangan kerana mempunyai panel belakang yang melengkung. Bezel yang kecil membuatkan Mate 8 mempunyai saiz yang sama dengan Nexus 6P walaupun mempunyai skrin yang lebih besar.
Kemampuan kamera adalah baik. Kualiti gambar adalah tajam dengan penghasilan warna yang baik. Walaupun mempunyai sensor sebesar 16 Megapixel, ia walau bagaimanapun masih belum dapat menandingi apa yang kami lihat pada S7 Edge. S7 Edge telah menetapkan piawaian baru untuk kamera pada peranti mudah alih dan oleh sebab itu kami hanya memberikan 8 markah kepada kemampuan kamera Mate 8. Kekurangan jika dibandingkan dengan S7 Edge ialah gambar yang kurang tajam, sistem OIS yang tidak berapa lancar, ketiadaan rakaman 4K dan kewujudan blooming pada sumber cahaya apabila gambar diambil pada waktu malam.
Kehebatan sebenar Mate 8 terletak pada kemampuan bateri yang tidak pernah kami lihat sebelum ini. Dengan bateri sebesar 4000 mAh dan Android Marshmallow, peranti ini dapat bertahan melebihi sehari pada penggunaan paling berat. Skrin terpasang melangkaui 10 jam. Ini ialah piawaian baru dan mengalahkan rekod yang dipegang oleh Xperia Z3 hampir dua tahun. Sekiranya anda malas mengecas peranti setiap hari, inilah peranti yang anda nantikan. Sistem pengecasan pantas disokong tetapi kerana saiz bateri yang agak besar ia mengambil masa lebih dari dua jam untuk dicas sepenuhnya.
Mari bercakap tentang kelemahan pula. Ya peranti ini masih menggunakan skrin HD Penuh dan bukannya QHD seperti pesaing. Antaramuka EMUI pula kami rasakan tidak secantik seperti stock Android ataupun TouchWiz dan MIUI. Selepas Huawei mengambil bekas pereka UX Apple, kami mengharapkan perubahan drastik dilakukan pada EMUI namun ini masih belum berlaku. Rekaan antaramuka yang sedikit ketinggalan ini mungkin membuatkan pengguna berfikir dua kali untuk memiliki Mate 8.
Sungguhpun begitu pada harga RM 2099 kami merasakan Mate 8 dijual pada harga yang kompetitif dengan pesaing dengan spesifikasi setanding. Sekiranya anda inginkan phablet yang boleh melakukan majoriti tugasan anda dengan baik dan dengan hayat bateri yang terbaik di dalam kelasnya inilah peranti yang harus anda senarai pendekkan.
Kelebihan | Kekurangan |
|
|
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ulasan Xioami Redmi Note 3 – Mungkin Peranti Paling Berbaloi Di Pasaran"