Komputer riba MacBook dilancarkan tahun lalu dan menerima reaksi bercampur baur. Dari segi rekaan ianya sah antara komputer riba dengan rekaan paling menarik di pasaran dengan rekaan yang amat kompak. Penggemar MacBook pula mengeluh kerana ia hanya dilengkapi satu port USB-C dan tidak lagi menyokong sistem MagSafe. MacBook baru ini juga hanya dilengkapi pemproses Intel Core M hanya mempunyai kemampuan sederhana.
Apple hari ini mengemaskini spesfikasi MacBook mereka dengan beberapa penambahbaikan. Pertama sekali pemproses Intel Core M dipertingkatkan ke 1.3 GHz generasi ke-6 berbanding 1.1 GHz sebelum ini. Modul memori lebih pantas 1866 MHz menggantikan modul 1600 MHz. Selain daripada perubahan dalaman, kini pengguna diberikan pilihan warna ke empat iaitu merah jambu yang sinonim dengan iPhone 6S. Ketika artikel ditulis harga jualan rasmi di Malaysia masih belum diumumkan. Di Amerika Syarikat Macbook kini dijual pada harga bermula dari $1299 (~RM 5001) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spesifikasi Apple Macbook Dikemaskini Pemproses Dipertingkat Dan Pilihan Warna Merah Jambu"