Biar lambat asal selamat. Sony Xperia Z3, Z3 Compact dan Z2 akhirnya menerima kemas kini Android 6.0 Marshmallow. Buat masa ini peranti Xperia Z3 model D6603, Z3 Compact model D5803 dan Z2 model D6503 akan menerima kemas kini terlebih dahulu. Peranti di Malaysia adalah model yang berbeza dari ketiga-tiga model yang disenaraikan ini dan perlu menunggu kemas kini diumumkan.
Antara kemas kini yang diperkenalkan oleh Android Marshmallow pada peranti Xperia ialah antaramuka Camera 2.0 yang dilihat pada Xperia Z5. Selain daripada itu kemas kini keselamatan untuk bulan Februari turut disertakan sekali. Setakat ini Xperia Z5, Z4 Tablet dan Z3+ juga sudah menerima Marshmallow. Giliran Xperia Z3 Tablet Compact ,Z2 Tablet ,M5 ,C5 Ultra ,M4 Aqua dan C4 masih belum diketahui walaupun termasuk di dalam senarai rasmi penerima Marshmallow oleh Sony pada bulan Mac yang lalu.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Xperia Z3, Z3 Compact Dan Z2 Mula Menerima Kemas Kini Android Marshmallow"