Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Akan Mengembalikan Fungsi STAMINA Mode Pada Telefon Pintar Mereka

Pada telefon pintar Xperia keluaran Sony, salah satu fungsi yang sangat popular adalah Stamina Mode. Melaluinya, ia membolehkan telefon pintar digunakan untuk tempoh yang lebih lama dengan pelbagai penjimatan bateri dilakukan, termasuk menghentikan sebarang aplikasi dijalankan pada latar.

Xperia Z5 MarshmallowIMG_0928

Namun, sejak daripada Android 6.0 Marshmallow, Sony telah membuang fungsi ini pada peranti mereka. Salah satu sebabnya adalah kerana ia mempunyai masalah dengan fungsi Doze yang hadir terbina pada versi Android berkenaan.

Kini, Sony mengesahkan mereka telah mempunyai kaedah untuk mengatasinya, dan menyertakan fungsi Stamina Mode pada versi Android 6.0 Marshmallow dan terkini. Sony mengatakan mereka akan mengujinya terlebih dahulu pada Xperia Beta Program, sebelum memperkenalkan ia secara meluas kepada pengguna umum. Tiada sebarang tarikh pengenalan kemaskini yang disediakan oleh Sony buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Akan Mengembalikan Fungsi STAMINA Mode Pada Telefon Pintar Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info