U Mobile telah memperkenalkan promosi khusus untuk pelanggan P70 sebelum ini, dimana mereka menawarkan data tambahan 8GB secara percuma, sekaligus menjadikan pakej P70 dengan 7GB data menawarkan data keseluruhan sebanyak 15GB.
Pada awalnya, ia hanya terhad sehingga bulan Jun 2016 sahaja, tetapi kini pihak U Mobile melanjutkan penawaran mereka sehingga penghujung tahun ini.
Dengan pakej U Mobile P70, kini pengguna boleh menikmati panggilan tanpa had, dan turut menikmati data 15GB. Untuk SMS, penggunaannya akan dicaj berdasarkan SMS yang dihantar ke talian U Mobile (3 sen) atau lain-lain (8 sen).
Penawaran 15GB untuk RM70 sebulan ini semestinya disukai ramai pengguna U Mobile, apatah lagi dengan penawaran panggilan tanpa had yang dibawakan olehnya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pelan U Mobile P70 Akan Menawarkan Data 15GB Sehingga 31 Disember"