Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pakej Celcom Xpax Baru Menawarkan Panggilan Tanpa Had Ke Talian Celcom, Tiada Internet Burung Hantu

Celcom telah menarik perhatian ramai melalui pelan pascabayar baru mereka sebelum ini, dan pada awal pagi ini, mereka bakal memperkenalkan pakej prabayar baru mereka. Daripada apa yang tertiris, pakej ini akan dikenali dengan nama Xpax M4GIC SIM – sedikit berbeza dengan Magic SIM sebelum ini.

XPAX M4GIC SIM menawarkan panggilan tanpa had ke talian Celcom yang lain, dan pada masa yang sama dilengkapi dengan akses internet asas (64kbps) secara percuma. Pelanggan juga akan dapat mengakses kepada Yonder Music tanpa had secara percuma melalui pakej baru ini.

Celcom Xpax Magic

Celcom turut menyediakan sebanyak lima pilihan untuk membeli data, iaitu RM8 untuk 1GB (sehari), RM18 untuk 1GB (seminggu), RM38 sebulan untuk 4GB, RM48 sebulan untuk 5GB dan RM68 sebulan untuk 7GB. Semuanya hadir dengan kebolehan untuk membawa data yang tidak digunakan ke bulan hadapan.

Celcom Xpax Magic

Celcom Xpax Magic

Disamping perbezaan nama, pelan baru Celcom ini juga akan membawakan perbezaan dari segi penawaran internet untuk diakses pada waktu malam. Tiada XPAX Internet Burung Hantu pada pelan ini, tetapi sebaliknya Celcom menawarkan data tengah malam (1 pagi – 7 pagi) pada RM5 untuk 10GB.

Celcom bakal mengumumkan secara rasmi pakej baru ini pada awal pagi ini, dan mungkin kita akan mengetahui lanjut mengenai sebarang tawaran lain yang berkaitan dengannya, ataupun mengetahui sekiranya terdapat sebarang perubahan pada pelan berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pakej Celcom Xpax Baru Menawarkan Panggilan Tanpa Had Ke Talian Celcom, Tiada Internet Burung Hantu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info