Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo F1 Plus Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM 1898

Oppo F1 Plus dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini. Peranti dengan skrin 5.5″ AMOLED HD penuh ini diperkasakan oleh pemproses 2.0 GHz lapan teras MediaTek Helio P10, RAM sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 64 Gigabyte. Muatan dalaman boleh ditambah sehingga 128 Gigabyte menggunakan kad MikroSD. Pengimbas cap jari terbina diletakkan pada butang Home pada bahagian hadapan. Dari segi optik pula ia mempunyai kamera belakang sebesar 13 Megapixel f/2.2 dengan sistem pemfokusan PDAF. Kamera hadapan F1 Plus ialah perkara paling unik peranti ini kerana menggunakan sensor sebesar 16 Megapixel f/2.0.

Kamera hadapan lebih besar berbanding kamera belakang kerana F1 Plus ialah peranti yang mengutamakan kemampuan mengambil selfie beresolusi tinggi. Dari segi bateri ia menggunakan bateri sebesar 2850 mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC. Peranti ini turut menyokong penggunaan dua SIM dengan satu slot bersaiz Mikro dan sebuah lagi bersaiz Nano. Talam SIM Nano berkongsi dengan slot MikroSD.

Oppo-F1-Plus-2Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam dengan sisi bulat bagi membuatkannya lebih selesa dipegang. Sistem operasi Android 5.1 digunakan dengan pelancar ColorOS 3.0. ColorOS 3.0 ini kelihatan jauh lebih cantik dan minimalis berbanding edisi sebelumnya. Skema warna kini sedap mata memandang dan set ikon yang lebih ceria. Sekilas pandang ColorOS 3.0 kelihatan seperti gabungan iOS 9 dan MIUI 7. Ini bukanlah perkara negatif kerana kedua-dua antaramuka yang kami sebutkan ini adalah amat mesra pengguna.

Kerana F1 Plus ialah peranti untuk penggemar selfie beberapa fungsi khas selfie diperlihatkan pada aplikasi kamera. Pertama sekali gambar boleh diambil dengan menyebut “cheese”. Gambar juga boleh diambil dengan melakukan isyarat tangan. Di dalam situasi pencahayaan yang rendah, skrin hadapan boleh diaktifkan untuk berfungsi sebagai flash yang menerangi wajah pengguna. Teruskan membaca Amanz bagi untuk mengetahui pendapat kami mengenai peranti terkini Oppo ini.

Oppo F1 Plus akan dijual pada 11 April ini pada harga RM 1898. Pra-tempahan boleh dilakukan pada lama Oppo dan 11Street mulai 7 haribulan ini.

Oppo F1 Plus 20160407_122558 Oppo F1 Plus 20160407_122609

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Oppo F1 Plus Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM 1898"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info