Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo Dan Vivo Kini Antara Lima Pengeluar Peranti Terbesar Dunia

Angka jualan peranti pada suku pertama 2016 kini diketahui. Seperti biasa Samsung, Apple dan Huawei mengekalkan kedudukan mereka dengan peratusan jualan yang besar. Menarik sekali kini Oppo di tangga ke-4 dan diikuti pula oleh Vivo. Mereka berjaya menjual lebih banyak peranti berbanding Xiaomi dan Lenovo yang sebelum ini menduduki tempat ke-4 dan ke-5. Peratusan jualan adalah seperti di dalam jadual di bawah.

IDC Top 5 peranti Q1 2016Samsung masih di tempat pertama tetapi mengalami penyusutan 0.6%. Apple mengalami penyusutan paling besar iaitu 16.3%. Huawei menunjukkan peningkatan 58.4%. Oppo pula menunjukkan peningkatan paling besar diikuti oleh Vivo. Tiga daripada lima kuasa besar pengeluar peranti pintar dunia kini adalah dari tanah besar China. Secara keseluruhan 334.9 Juta peranti terjual pada suku pertama 2016. Ini adalah peningkatan kecil dari 334.4 Juta yang terjual pada suku yang sama tahun 2015.

Ini pada hemat kami tidak mengejutkan kerana pengeluar dari China kini menghasilkan peranti yang setanding dan di dalam beberapa kes lebih baik dari pengeluar di luar China. Stigma “barangan China tidak bagus” juga sudah semakin terhakis dan dapat dilihat sendiri di Malaysia. Pada waktu yang sama peranti mereka dijual pada harga yang lebih mesra poket dan ini adalah faktor utama mengapa jualan mereka menunjukkan peningkatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Oppo Dan Vivo Kini Antara Lima Pengeluar Peranti Terbesar Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info