Nokia telah beberapa kali sebelum ini mengatakan mereka ingin memfokuskan kepada arena kesihatan digital dan juga peranti berhubung. Hari ini, sebagai salah satu langkah dalam memperkukuhkan portfolio mereka dalam arena berkenaan, Nokia telah mengambil-alih Withings.
Withings merupakan salah satu pengeluar peranti memfokuskan kesihatan dan kecergasan. Mereka sebelum ini telah hadir dengan fitness tracker dan juga jam tangan pintar yang menawarkan sokongan pemantauan kecergasan dan kesihatan.
Nokia mengambil-alih Withings pada nilai $191 juta, dan ini juga turut akan terus memperkukuhkan Nokia Technologies dalam menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan dibawah mereka kelak. Transaksi penuh pengambil-alihan ini dijangka selesai sepenuhnya menjelang suku ketiga 2016 ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia Mengambil-Alih Withings – Memperkukuhkan Penawaran Dalam Peranti Berhubung Memfokuskan Kesihatan"