Sembang Maniac

Sembang-sembang je

NexDock – Mengubah Peranti Pelbagai Sistem Operasi Menjadi Komputer Riba

Sistem mengubah peranti pintar menjadi sebuah komputer riba bukanlah idea baru. Ia sudah wujud dalam bentuk Asus PadPhone untuk Android dan Continuum untuk Windows 10 Mobile. Di dalam kes Transformer, hanya peranti Asus khas sahaja mampu melakukan perubahan menjadi komputer riba. Untuk Continuum pula, dok yang disertakan hanya akan berfungsi dengan peranti Windows 10 Mobile. NexDock ialah dok khas yang boleh mengubah semua peranti  pintar yang wujud di pasaran menjadi sebuah komputer riba. Tambah menarik ia juga mampu digunakan oleh Raspberry Pi dan Compute Stick keluaran intel.

NexDock-1NexDock mempunyai skrin 14.1″ beresolusi 1366×768 pixel, bateri 10000 mAh, 2 port USB dan 1 port HDMI mini. Sekiranya anda tidak mahu menggunakannya sebagai komputer riba, ia turut boleh berfungsi sebagai monitor sekunder yang disambungkan ke sebuah komputer riba sebenar. Dok ini masih sedang mengumpul dana menerusi Indiegogo untuk penghasilan secara besar-besaran. Harga jualan bermula dari $119 (RM 462) sebuah. Kepada mereka yang mahukan dok universal untuk mengubah peranti pintar menjadi komputer riba, ini mungkin peranti yang menjadi idaman anda.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "NexDock – Mengubah Peranti Pelbagai Sistem Operasi Menjadi Komputer Riba"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info