Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Menggunakan Galaxy Note 5? Kini Anda Boleh Naik-Taraf Ke Android 6.0 Marshmallow

Galaxy Note 5 MarshmallowSamsung telah memperkenalkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk Galaxy S6 tidak lama sebelum ini, selain turut mengumumkan penawaran kemaskini sama untuk pengguna Galaxy Note 5 pada bulan Februari lepas. Kini, selepas beberapa bulan, kemaskini sama turut telah hadir untuk pengguna di Malaysia.

Kemaskini bersaiz 1.3GB ini menawarkan kemaskini kepada sistem operasi, menawarkan antaramuka TouchWiz yang lebih dikemaskini dan ringan, sokongan pengimbas cap jari yang lebih selamat, kebolehan penjimatan tenaga bateri, dan sejumlah fungsi lain – termasuk Google Now on Tap.

Bagi anda yang menggunakan Samsung Galaxy Note 5, anda boleh memulakan proses kemaskini pada peranti anda hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Menggunakan Galaxy Note 5? Kini Anda Boleh Naik-Taraf Ke Android 6.0 Marshmallow"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info